Wednesday, February 23, 2011

semua ok

cuti CNY bebaru ni, adik-beradik i yang duk melaka dan KL dan juga my parents datang terengganu, lepak-lepak sini sambil attend kenduri kawen sepupu i, Noni. bila berjumpa dan berkumpul kat sini, mereka-mereka semua terkejut dgn perubahan diri i dan terus gelarkan i 'si gemok debok', huhu. sebabnya i dari kecik hingga ke besar, asyik kurus keding je, jadi bila tetiba jadi gemok, ofkos lah mereka rasa pelik. tambahan pulak, gemok debok i cuma kawasan perot. Yes, perot sahaja. perot i makin buncet macam belon terik ni hingga my aunty cakap, i pregnant twin, hohohoho!

tapi memang taklah, i pregnant sorang saja, bukan twin sperti yang dibayangkan. hmm. maybe i ni kurus keding, jadi sebab tu, perot i obivious nmpak besar kan. bila orang lain tengok je, terus gerun. hinggakan, i pon rasa gerun nak tengok diri sendiri dalam cermin. bila tengok dari posisi tepi, ya ampunnn ini bukan nadiah dulu ni. sungguh berbeda, (--").

uniform masa kat kampong, huhu!!

bila berkumpul adik beradik, banyaklah aktiviti bersama. jenjalan situ sini, hinggakan kaki i terus krem tak sudah. hmm, kaki i dah start sembab dah. Ma terus paksa i aktif-aktif, kena banyak jalan-jalan, turun naik tangga, dan kurangkan duduk berinternet jek, haha. tapi betollah, bila i paksa diri berjalan, krem kat kaki rasa kurang sikit pastu badan pon rasa bertenaga sikit. malam-malam, suami sapu lotion mustajab dunia herbs kat kaki i, terus rasa berangin dan rasa lega tau. bagus betol lotion ni. dahlah tak berminyak, bau pon sodap. suka sukaaa!

ohh, selain sembab, kaki i dah start gatal-gatal lah, sebelom ni tade pon, (--"). bila dah gatal-gatal ni, tangan i pon gatal jugak nak garu, hingga kaki terus tinggal kesan parut yang sangat hodoh dipandang mata. arghh! tension tengok kaki sendiri sekarang. hudus!!

kaki sembab dan gatal sana sini (T____T)

hmm, i dah kena inject ATT dah. semalam checkup, dan semalam jugaklah kena inject. masa nurse duk angkat-angkat injection tu, diri ni dah cuak dah. mak aih, seriau betol nampak benda-benda tajam sebegitu, rasa nak buat-buat pengsan pon ade, HAHA. bila nurse nak inject tu, i dah paling muka ke tempat lain dah, konon taknak nampaklah apa nurse tu buat, pastu tetiba nurse tu cakap dah siap. eh, dah siap, tak rasa pon kena inject, haha. nurse cakap nanti tangan jadi lenguh-lenguh, dan malam tadi dah start lenguh dah, pastu dahla rasa sakit kat kawasan kena inject tu. nanti next checkup, kena inject lagi. ayoyo, amma appa!!

semalam checkup pon oke. sonok bila dapat dengar heartbeat baby. baby i aktif sangat, nurse lah yang cakap. bila nurse letak je benda nak dengar heartbeat tu, baby terus respon pastu mula berdung dang dung dang dalam perot ni, hingga nurse pon nampak perot i jadi senget benget, HAHA. kadang-kadang kan, baby suka betol mengeras lah, rasa sakit pon ado. hmm, sabar jelah.

ohh, i dah kena start kira dan catit pergerakan baby. kena start kira mula jam 9 pagi hingga jam 9 malam. nurse ada bagi carta, nanti i catit dalam tu jek. i perlu catit 10 pergerakan baby je, kira masa baby betol-betol buat satu pusingan. tapi kan, kekadang i konfius jgk, sebab kerap kali baby bergerak, pastu kadang dia laju je gerak, kadang rasa slow, ala-ala cuit-cuit manja je. jadi i perlu catit pergerakan mana ek? mesti yang laju smpai rasa bergegar perot kan. kan...

dress baru tapi sendat bahagian perot, terus takleh nak pakai utk jenjalan. huk huk!!

about barang baby - i dah beli tilam kekabu utk bby dan beli siap dgn 2 bed sheet tau. harga tilam kekabu RM25 + bed sheet RM35 = RM60 sahaja. i rasa murah dah sebab tilam kekabu kan. mula-mula nak suh Ma je jahit tilam dgn bed sheet tu, tapi bila tengok kat kedai tu dah ade yang ready made, baik beli je terus. takyah susahkan Ma kan, lagipon nanti nak susahkan Ma jaga i masa pantang nt, hehe! i beli bed sheet kaler biru dan cokelat. 1

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home